Friday, July 29, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak





     Kenangan bersama Rejab terus diingati, perpisahan bersama Sya'aban akan dirindui dan kini kehangatan hadirnya Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh seluruh saudara seislam. Kitab amalan kita telah bertukar ganti, azam untuk kitab baru telah pun di 'update'kan, yang tingal hanya mempraktikkan apa yang telah di 'save'kan. Oleh itu, kehadiran Ramadhan tepat pada masanya. Kerna Ramadhan menjadi bulan untuk kita mentarbiahkan diri, aqal, jiwa serta rohani supaya dapat meteruskan jalan menuju redha Ilahi...
      Ayuh kita kejar rahmat yang tersirat didalamnya. Jangan hanya menyatakan dengan mulut dan menzahirkannya dengan perlakuan, tetapi perlu ditanamkan di dalam hati agar segala ibadah yang dilakukan diredhai serta diberkati oleh Allah...
       "Ya Allah berilah kami kesempatan untuk mendapat rahmat serta barakah Ramadhan-Mu.Bukalahlah pintu hati-hati kami untuk melaksanakan ibadah-ibadah sunat kerana-Mu. Sesungguhnya kami ingat memperolehi ganjaran serta redha-Mu Ya Rabb. Permudahkanlah kami menikmati manisnya Ramadhan kali ini kerana itu yang kami nantikan sejak sebelum kedatangannya lagi..ameen Ya Rahman".